BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 28, 2011

MoH LeR KiTe GeLaK

Lawak 1:


org Amerika kentut ckp EXCUSE ME
org British kentut ckp PARDON ME
org Singapore kentut ckp FORGIVE ME
org kita kentut ckp NOT ME! NOT ME!

Lawak 2:

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali:
Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu
tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Lawak 3:

TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT:
Gunakan sterika biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air.
(Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!!!!)

Lawak 4:

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.
Doktor: !@#$%^&!!#$!

Lawak 5:

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ??!@#$%^?!!


Monday, April 25, 2011

PanDanGLaH Aku WaLaU sEsaaT

Ya Illahi,
tidak pernah kuharapkan,
selain dari keredhaanmu buat diri ini.

Ya Illahi,
Tidak syurgamu yang kuingini,
Setelah kini ku sedari,

Segala yang kulakukan tiada yang sempurna,
Kerana Engkau yang Maha Sempurna,
Bagaimana mungkin aku mampu melakukan yang terbaik,
Sedangkan yang kulihat dalam segenap wajah,
Engkaulah yang Maha Wujud, Maha Ada,
Bagaimana mungkin ku mengharapkan pahala,
Sedang Engkau yang memiliki ku dan segenap gerakku,
Segalanya atas izin-Mu,
Maka siapakah aku untuk mengatakan aku layak ke syurga-Mu.

Ya Illahi,
Engkau jauh lebih indah dari apa yang ku lukiskan dalam kehidupanku tentang keindahan-Mu,
Bagaimana mungkin aku mampu menggapai-Mu Ya Allah,
Bagaimana mungkin cinta-Mu bertakhta dihati ini,

Sedang cintaku kepada keindahan nafsuku,
Tidak pernah sedikit pun mampu ku hindari,
Maha Suci Engkau Ya Allah,
Jauh Maha Tinggi dari segala kerendahan yang kami pamerkan kepada-Mu.

Maha Benar Engkau Ya Rabbi,
Benar syurga itu indah,
Tapi Maha Indah lagi Engkau Ya Rabbi,
Maha Indah hinggakan aku tidak perlu menginginkan syurga-Mu di sana,
Sedang di dunia ini sudah terhampar segala keindahan-Mu,
Adakah perlu aku mendustakan-Mu,
Mereka menyangka dengan melihat syurga-Mu di sana, mereka akan bahagia,
Bagaimana mungkin Ya Rabbi, sedang hakikat syurga dan neraka itu ada di sini,
Segalanya ada di sini,
Cuma hati ini yg buta dari melihat hakiki.

Andai diri ini,
Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat,
Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu,
Maka aku mohon kepada-Mu,
Andai tiada syurga buatku sekalipun,
Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak,
Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu,
Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi,
Sudah cukup membahagiakan ku.

Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu,
Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat,
Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi.

Saturday, April 23, 2011

KePaDa yG BeRNaMa SaHaBaT

"pertemuan yang tak disangka
menimbulkan bibit² perkenalan
sehingga tercetusnya...

KAWAN, SAHABAT & TEMAN

sahabat,
terima kasih atas segalanya,
terima kasih kerana sudi menerima insan yg serba kekurangan ini
sebagai sahabat kalian,
terima kasih kerana pernah menjadi sahabat yg baik pada saya,
TERIMA KASIH SAHABAT.

"sahabat yang baik tidak dihitung pada paras rupanya,
tidak diukur pada asas kemewahan dirinya,
tidak dipilih pada lagak gayanya,
tetapi dinilai pada bait² doa yg diutus buat temanya".

sahabat,
maaf, jika selama ini saya bukan sahabat yg baik,
maaf juga, jika selama ini saya sering melalaikanmu,
maaf, jika selama ini saya pernah membuatmu sedih tersisih,
maaf, jika selama ini ada bicara saya yg buat kalian sedih, terasa hati,
maaf, jika selama ini saya sering tidak memahami,
maaf, jika selama ini saya bukan pendengar yang baik,
maaf, jika selama ini saya selalu menyusahkan kalian,
MAAF, saya hanya insan biasa..Insan yg serba kekurangan..

kerana kelemahan saya itu,
saya panjatkan doa saya buatmu
dikesempatan yg ada.
Moga Allah selalu menyayangi kamu
kerana siapa pun kamu,
kamu adalah sahabatku.

buatmu sahabat,
Nadirah, idah, Uyu, Saba, Aya
Irma, Adila, KakNor, Mimi, Poreh,
Along Dayah, Intan, Acik, Fazila
Awieyn, Aini, Akak Laili, G-rah
Raudah, Imah, Milah, Linda,
Baby Na, Jaa, dan kepada semua yang bernama sahabat =)

Tuesday, April 19, 2011

KeSaL

kesal,
dulu2 saya degil n x dgr ckp mak,
kalo x skang mst saya x rse bersalah sgt
sbb saya selalu buat mak marah...

kesal,
dulu2 time sekolah saya malas study,
kalo x mesti saya dapat result2 besh2,
n mereka semua mesti bangga nga saya kan..
n tentu skang saya da berjaya n keje besh2..

kesal,
kalu dulu saya fikir masak2 bile nk buat something,
tentu hidup saya x tunggang langgang mcm nih..

kesalnyer saya...
tapi semua itu da xde gunanyer..
andai masa boleh diputarkan kembali..hrmm
tentu saya akan tebus balik mse lalu..
tapi xpe..mgkin semua ni ade hikmatnyer..
chaiyok2 qema!!

"orang yang selalu gagal x bermakna dia gagal selama-lamanya"
kan kan...hee



Sunday, April 17, 2011

UsaHLah TerLaLu MeMiLiH

Usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya,

dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya...
Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya...
Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan,
ada kalanya dia lebih mengerti...

usahlah terlalu memilih,
jenama kereta mahal x semestinya tidak meragam,
adakalanya ianya juga akan meragam,
begitu juga manusia,
hanya kerana dia insan yg serba kekurangan,
x semestinya dia tidak berharga,
adakalanya dia lebih mengerti..

usahlah terlalu memilih,
mana ada manusia yg sempurna,
jgn sgkakn mereka yg tiada kekrgan akan lebih membahagiakan kita,

usahlah terlalu memilih,
adakalanya orang yang hensem@cantik tidak semestinya dpt membahagiakan kita,
mereka mgkin akan membuat kita lebih menderita..

ingatlah,
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka)
Tidak ada INSAN SUCI yang tidak mempunyai MASA LAMPAU dan
tidak ada INSAN YG BERDOSA yang tidak mempunyai MASA DEPAN~~ :D
Renung2kn lah & Selamat Beramal