BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 29, 2012

Sahabat Siber


Sahabat…..
kau hadir tepat pada waktunya…..
di saat aku memerlukanmu…..
sahabat di saat kesenangan menjadi milikku…..
sahabat di saat kesusahan menimpaku…..

Sahabat….
kemesraan yang terjalin di antara kita…..
menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan…..
walaupun ada di antara kita…..
tak pernah mengenali antara satu sama lain…..
tak pernah bersua…..
hanya alam siber yang menjadi penyambung ikatan persahabatan kita…..

Sahabat…..
kita sering bergurau senda…..
gurau senda di antara kita,mengeratkan kemesraan yang sedia terjalin…..
gurau senda di antara kita,tanpa menyakiti hati sesiapapun…..
gurau senda di antara kita,tidak melampaui batas…..
hanya gurau senda di antara sahabat kepada sahabat…..
itulah kemesraan yang wujud di antara kita…..

Sahabat…..
gembira kita,gembira semua orang…..
sedih kita,sedih semua orang…..
andai salah seorang seorang di antara kita gembira,maka gembiralah kita semua…..
andai salah seorang dari kita bersedih,maka bersedihlah kita semua…..
andai kita bersedih.ramai yang menawarkan diri…..
untuk sama-sama berkongsi kesedihan dengan kita…..

Sahabat…..
semoga ikatan silaturrahim…..
dan ukhwahfillah di antara kita berpanjangan…..
kekal selamanya…..Aamin.

Thursday, January 12, 2012

Percaya Qada DaN Qadar

" Sesungguhnya salah seorang antara kalian dikumpulkan penciptaanya di dalam rahim ibunya selama 40 hari kemudian menjadi 'alaqah kemudian menjadi janin, lalu Allah mengutus malaikat dan diperintahkannya dengan empat kata dan dikatakan padanya: 'tulislah amalnya, rezekinya dan ajalnya."

(HR.Bukhari)

Yakinilah bahawa ketetapan Allah sedang berlangsung, dan jadilah penerima yang baik dengan penuh sangka yang baik terhadap-Nya. Tanamkan dalam diri kita "Allah Maha Mengetahui yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya."

Jangan biarkan kekecewaan menggoyah keimanan kita kepada-Nya. Apalagi dengan terus menanamkan prasangka buruk pada-Nya. Segeralah sedar bahawa ini adalah ujian dari Allah. Dapatkah kita menerima qada-Nya atau mengutuknya?

KeTiKa AiR MaTa BerCuCuRaN

Kegelisahan, kedukaan, dan air mata adalah sebahagian dari sketra hidup di dunia.
Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselimutkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, hingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, di manakah pasangan jiwa berada.
Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al-Baqarah: 216)

Hapuslah air mata di pipi,
dan hilanglah lara di hati.
Terimalah semua sebagai sebahagian
dari perjalanan hidup ini.
Dengan kebesaran hati dan jiwa,
dirimu akan menemukan apa rahsia
di balik titian kehidupan yang telah dijalani.
Hingga kelak akan engkau rasakan
tidak ada lagi riak
kegelisahan dan keresahan saat sendiri.

Wednesday, January 11, 2012

Rapuh

lagu favourite saya...bait2 lirik yang buat saya insaf...

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka, tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi sejuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Berikan Cintamu Hanya Untuk Allah

Apakah yang dimaksudkan seseorang mencintai kerana Allah?
Pengertian cinta kerana Allah adalah mencintai seseorang lantaran ketaatannya kepada Allah atau cinta di jalan Allah.

" Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah, sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya, dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya."

( Imam Al-Bukhari )

Daripada hadis ini dapat diambil pelajaran :

1. Mencintai seseorang kerana mencari reda Allah, bukan cinta hawa nafsu atau melanggar syariat. Seperti cinta seseorang yang ikut serta berjihad di jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi. Seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam organisasi. Dilakukan hanya untuk mencari keredaan Allah.

2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah Allah wajibkan, tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, seperti khamar atau mengharamkan yang halal.

3. Mendahulukan cinta kepada Allah dan rasul-Nya, mengalahkan selainnya. Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan rasul-Nya lebih kuat baginya daripada hak ayanhy=nya, ibunya, anaknya, isterinya dan semua manusia. Kerana mendapat petunjuk dari kesesatan, terbebaskan dari neraka hanya kerana Allah lewat seruan rasul-Nya.

Memang harus dibezakan mana yang mencintai pasangannya kerana Allah Azzawajalla dan mana yang sekadar cinta kerana tertarik terhadap pasangannya semata. Keduanya jelas berbeza. Hal ini dapat dilihat dari motif dasar dia mencintai pasangannya.

Apakah dasarnya adalah agama dan kesolehannya atau bukan? Biasanya seseorang mencintai pasangannya kerana memang dia suka atau tertarik pada pasangannya itu selain kerana kecantikan dan ketampanan atau hal lain yang menarik baginya. Dan tidak didasrkan cinta kerana Allah.

Saturday, December 31, 2011

Memasang Cinta

Customer Service(CS): Ya, ada apa boleh saya bantu?

Pelanggan(P): Setelah saya pertimbangkan, saya ingin memasang cinta kasih. Bolehkah anda mengajar saya menyelesaikan prosesnya?

CS : Ya, saya dapat membantu anda. Anda bersedia melakukannya?

P : Saya tidak faham secara teknikal, tetapi saya bersedia untuk memasangnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?

CS : Langkah pertama adalah membuka hati anda. Tahukan anda di mana hati anda?

P : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya masih boleh memasangnya, sementara progran-program tersebut aktif?

CS : Program apa saja yang sedang aktif?

P : Sebentar, saya lihat dulu. Progran yang sedang aktif adalah SAKITHATI.EXE, RENDAHDIRI.EXE, DENDAM.EXE, dan BENCI.COM.

CS : Tidak mengapa. CINTA-KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dari sistem operasi anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama kerana akan di tindan oleh program lain. CINTA-KASIH akan menimbus RENDAH DIRI.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut menyebabkan CINTA-KASIH tidak dapat dipasang secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?

P : Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda mengajar saya?

CS : Dengan senang hati. Gunakan start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE. Aktifkan program ini sekerap mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.

P : Ok, sudah. CINTA-KASIH mulai dipasang secara automatik. Apakah ini wajar?

CS : Ya, anda akan menerima pesan bahawa CINTA-KASIH kan terus dipasang kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat pesan tersebut?

P : Ya. Apakah sudah selesai dipasang?

CS : Ya, tapi ingat anda hanya punya program dasarnya saja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar dapat meningkatkan keupayaannya.

P : Ops. Saya mendapat pesan error. Apa harus saya lakukan?

CS : Apa pesannya?

P : ERROR412-PROGRAN NOT RUN INTERNAL COMPONENT. Apa maksudnya?

CS : Jangan khuatir, itu masalah biasa. Ertinya program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI luaran tetapi belum boleh aktif dalam HATI dalaman anda. Ini adalah salah satu kerumitan proses memprogramkan, tetapi dalam istilah bukan teknikal ini bereti anda harus men-CINTA-KASIH mesin anda sendiri sebelum men-CINTA-KASIH orang lain.

P : Lalu apa yang harus saya lakukan?

CS : Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut, PASRAH?

P : Ya, sudah.

CS : Bagus. Pilih fail-fail berikut dan salin ke direktori ''MYHEART'' MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC dan MENYEDARI KEKURANGAN.TXT. Sistem akan menghapuskan fail-fail konflik dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Reycycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.

P : Sudah. Hei! HATI saya terisi fail-fail baru. SENYUM.MPG aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM disalin ke HATI. Apakah ini wajar?

CS : Kadang-kadang. Ornag lain mungkin perlu waktu untuk download. Jadi CINTA-KASIH telah dipasang dan aktif. Anda harus menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.

P : Apa?

CS : CINTA-KASIH adlah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Meraka akan berkongsi kepada orng lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali

Tuesday, December 27, 2011

SabarLah Wahai Hati

Sabarlah wahai hati,
hidup ini x selalunya indah
tapi indah itu tetap hidup dalam kenangan.
hidup ni umpama roda,
kadang-kadang di atas,
kadang-kadang di bawah,
jangan sangkakan kita akan sentiasa berada di atas
kerana kegagalan sentiasa mengintai peluangnya.
Sabarlah wahai hati,
Ingatlah sabar itu separuh daripada iman.

Sabarlah wahai hati,
kau dididik untuk menghadapi ujian itu,
seberat mana pon ujian itu,
serumit mana pon ujian itu,
Allah tahu..kau mampu,
sabarlah wahai hati...

Sabarlah wahai hati,
ujian datang dalam pelbagai cara,
setiap orang diberi ujian yang berbeza,
ingatlah, apa yang kau alami sekarang,
itu semua ujian dari-Nya,
anggaplah ujian yang kau hadapi itu
tanda kasih sayang Allah padamu,

Sabarlah wahai hati,
kau teruji sedemikian
kerana dirimu mampu menangani,
sabarlah,
Allah ada bersamaku,
ku pujuk hati,
agar tidak tenggelam dalam kegusaran
sabarlah wahai hati...

ya!!
kamu mampu...
mana mungkin Allah menguji sesuatu buat hambaNya
dengan sesuatu yang tidak mampu kau tanggung..

tapi,
saya da buat yang terbaik..
kenapa hati saya berasa sedih..
kenapa susah sangat nak rasa bahagia..
damailah wahai hati...

renunglah dengan mata hatimu
diamlah sejenak..

wahai hati,
bersangka la baik pada Allah,
ingatlah Tuhan yang menganugerahkan ujian itu padamu,
janganlah kau fikir bukan2 dengan ketentuan Allah,
Allah tahu setiap sangkaanmu pada-Nya..

astaghfirullahalazim...
Maha Suci Engkau Ya Allah
ampunilah dosaku..kuatlah wahai hati...