Apakah yang dimaksudkan seseorang mencintai kerana Allah?
Pengertian cinta kerana Allah adalah mencintai seseorang lantaran ketaatannya kepada Allah atau cinta di jalan Allah.
" Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah, sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya, dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya."
( Imam Al-Bukhari )
Daripada hadis ini dapat diambil pelajaran :
1. Mencintai seseorang kerana mencari reda Allah, bukan cinta hawa nafsu atau melanggar syariat. Seperti cinta seseorang yang ikut serta berjihad di jalan Allah, tidak untuk tujuan duniawi. Seperti cinta seseorang untuk beramal dan berjuang dalam organisasi. Dilakukan hanya untuk mencari keredaan Allah.
2. Memilih dilemparkan ke dalam api daripada kembali menjadi kafir. Orang yang telah sempurna imannya tidak akan ada yang dapat mengubahnya menjadi kafir lagi. Dia tidak mengingkari ajaran agama yang telah diyakini seperti solat yang telah Allah wajibkan, tidak menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, seperti khamar atau mengharamkan yang halal.
3. Mendahulukan cinta kepada Allah dan rasul-Nya, mengalahkan selainnya. Orang yang sempurna imannya kepada Allah dan rasul-Nya lebih kuat baginya daripada hak ayanhy=nya, ibunya, anaknya, isterinya dan semua manusia. Kerana mendapat petunjuk dari kesesatan, terbebaskan dari neraka hanya kerana Allah lewat seruan rasul-Nya.
Memang harus dibezakan mana yang mencintai pasangannya kerana Allah Azzawajalla dan mana yang sekadar cinta kerana tertarik terhadap pasangannya semata. Keduanya jelas berbeza. Hal ini dapat dilihat dari motif dasar dia mencintai pasangannya.
Apakah dasarnya adalah agama dan kesolehannya atau bukan? Biasanya seseorang mencintai pasangannya kerana memang dia suka atau tertarik pada pasangannya itu selain kerana kecantikan dan ketampanan atau hal lain yang menarik baginya. Dan tidak didasrkan cinta kerana Allah.
Wednesday, January 11, 2012
Berikan Cintamu Hanya Untuk Allah
Dicatat oleh QeMa_DeQ NoR di 12:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 ulasan:
Post a Comment