Sabarlah wahai hati,
hidup ini x selalunya indah
tapi indah itu tetap hidup dalam kenangan.
hidup ni umpama roda,
kadang-kadang di atas,
kadang-kadang di bawah,
jangan sangkakan kita akan sentiasa berada di atas
kerana kegagalan sentiasa mengintai peluangnya.
Sabarlah wahai hati,
Ingatlah sabar itu separuh daripada iman.
Sabarlah wahai hati,
kau dididik untuk menghadapi ujian itu,
seberat mana pon ujian itu,
serumit mana pon ujian itu,
Allah tahu..kau mampu,
sabarlah wahai hati...
Sabarlah wahai hati,
ujian datang dalam pelbagai cara,
setiap orang diberi ujian yang berbeza,
ingatlah, apa yang kau alami sekarang,
itu semua ujian dari-Nya,
anggaplah ujian yang kau hadapi itu
tanda kasih sayang Allah padamu,
Sabarlah wahai hati,
kau teruji sedemikian
kerana dirimu mampu menangani,
sabarlah,
Allah ada bersamaku,
ku pujuk hati,
agar tidak tenggelam dalam kegusaran
sabarlah wahai hati...
ya!!
kamu mampu...
mana mungkin Allah menguji sesuatu buat hambaNya
dengan sesuatu yang tidak mampu kau tanggung..
tapi,
saya da buat yang terbaik..
kenapa hati saya berasa sedih..
kenapa susah sangat nak rasa bahagia..
damailah wahai hati...
renunglah dengan mata hatimu
diamlah sejenak..
wahai hati,
bersangka la baik pada Allah,
ingatlah Tuhan yang menganugerahkan ujian itu padamu,
janganlah kau fikir bukan2 dengan ketentuan Allah,
Allah tahu setiap sangkaanmu pada-Nya..
astaghfirullahalazim...
Maha Suci Engkau Ya Allah
ampunilah dosaku..kuatlah wahai hati...
Tuesday, December 27, 2011
SabarLah Wahai Hati
Dicatat oleh QeMa_DeQ NoR di 1:57 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 ulasan:
Post a Comment