Bahan:
1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.
Perisa :
1 sebuku besar humor,
25 gram rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sudu teh telefon,
5 kali ibadah/hari
semuanya diadun hingga rata dan mengembang.
TIP :
-Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.
-Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan (sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)
-Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang mengunakan zat pewarna yang dapat merosak kesihatan.
-Gunakan kasih sayang cap 'DAKWAH' yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari kementerian Kesihatan dan Kerohanian.
Cara Memasak :
-Lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
-Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
-Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.
-Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan perisanya.
-Kek perkahwinan sedia dinikmati.
Catatan :
Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjenama 'TEMPAT IBADAH'.
Setelah mulai hangat, jangan lupa bertelefon bila berjauhan.
Selamat mencuba, dijamin semuanya HALAL.
....=)
Monday, December 26, 2011
Resepi Kek PerkahwiNaN
Dicatat oleh QeMa_DeQ NoR di 10:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 ulasan:
Post a Comment